BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 24, 2010

Kata kawan saya, Ikutkan yang tertulis kaedah viral backlink ini diubahsuai dari konsep MLM tetapi setelah diamati ianya sebenarnya lebih cenderung kepada konsep Skim Cepat Kaya atau Skim Piramid atau Skim Ponzi atau Matrix 5 x 5 kerna konsep MLM tampak serupa tetapi hakikatnya konsep backlink ini dengan MLM amat berbeza sekali.



Sekadar Illustrasi

Memandangkan ianya PERCUMA hehehe jadi tak salah bukan kita mencubanya dan lihat kesannya pada traffik blog atau web kita sekaligus merasai sendiri kepantasan penyebaran (viral marketing) melalui backlink!
Pastikan teman-teman ‘copy and paste’ prosedurnya di blog teman-teman untuk memastikan kaedah ini berkesan …
Caranya sangat mudah:-
a. Anda hanya perlu meletakkan link-link berikut ini di blog atau artikel anda:


1. Bintang Hosting
2. Waroeng Bisnis
3. Pondok Krisna
4. Putra pantaiselatan
5. DHIELA DOT COM – WorldWide Money Making Opportunities
6. Fieyka Collection (King of Kebaya)
7. Cutes Closet Baby Store 
8. Kasih Anak Ibu (Lampin Kain Moden)
9. Cempaka Biru Craft 
10.prettypity
b. Sebelum anda meletakkan link diatas, Peserta Nombor 1 haruslah dikeluarkan terlebih dahulu dari senarai.
c. Secara automatik , Nombor 2 akan jadi Nombor 1 , Nombor 3 jadi Nombor 2 dan seterusnya.
d. Di tempat ke 10, anda letakkan link anda sendiri seperti yang prettpity buat ;
prettypity
e. Jika setiap peserta mampu mengajak 5 orang saja, maka jumlah backlink yang akan didapati adalah ;
Pengiraan ;
Ketika posisi anda 10, total backlink = 1
Posisi 9, total backlink = 5
Posisi 8, total backlink = 25
Posisi 7, total backlink = 125
Posisi 6, total backlink = 625
Posisi 5, total backlink = 3,125
Posisi 4, total backlink = 15,625
Posisi 3, total backlink = 78,125
Posisi 2, total backlink = 390,625
Posisi 1, total backlink = 1,953,125

Uniknya , semuanya menggunakan kata kunci yang anda inginkan. Dari sisi SEO anda sudah mendapatkan 1,953,125 backlink beserta traffik tambahan bila pengunjung web ‘downline’ anda mengklik link anda itu!
Jadi mulakan viral marketing anda sekarang !
Copy & Paste Artikel ini, keluarkan Peserta nombor 1 & letakkan link web anda di tempat ke 10.
Ingat, anda harus bermula dari tempat ke 10 agar hasilnya maksima. ( Sekiranya anda terus berada di Nombor 1 maka link web anda akan hilang bila ada yang meletakkan link di tempat ke 10 )

Saturday, November 14, 2009


            ni la gmbr mber aku yg dh kawin..nma die siti syariyan .org klate..bleh than gak la die.msa aq duk blaja dlu mmg rmai yg nk ngorat die.tp dia biasala malu2 kmbing..x sgka plak dia skang dh kwin.mgandung lak 2.bru 5bln..ish..ish..aku tny ar kt dia..best ke kwin..?dia kata kat aku bdo..ada ke ptut..??aku tny mcm 2 pn sbb dia x pnh dh msj2 aku pas dia kwin..mcm dh lp mmber je..tp msa kat jb 2 pn aku bkan rapat sgt ngan dia..just dia  bdk kelas aku je dlu..pmpuan dlm kelas aku ada 5 org je.tp dia laa yg pling sngal ckit..bkn ape , mcm klu nk ajar aper2 kat dia mst dia lmbt nk phm...

          2 yg kdng2 naik myampah aku nk ajar math kat dia..ko byngkan la nk ajar lukisan pn,leh dia amik pembaris pas 2 ukur kat lukisan yg aku wt td..then dia tiru ar sbijik2 dlm lukisan aku 2..mau nya x bengang aku..eee..tlg ar...tp 2 sume dlu..skang dia bkal jd mak budak..bgs gak dia kwin ,klu blaja pn bkan msk gak..kt pale otak. ari 2 msa dia nk kwin ada gak dia ajak aku dtg ke majlis perkahwinan dia tp aku x pg pn.duit x de,lg pn jauh sgt umah dia..kat klntan..sume mber2 aku dahkwin tnggalla aku terkontng kanting x kwin2 lg..aku ada pakwe tp duit x kumpullg,mcm mn aku nk kwin..
                
                ada ke ptt dia kata xpyh la wat mjlis..gler ape..ngat aku ni ape..kwin bknnya byk kali,so mst ar nk wat majlis,skali seumur hidup..amin... doakan la ek..klu leh aku nk satu je suami smpai aku mati nnt...opss..jauh nya aku pkir...hehe mber aku,along umor 19 dh kwin..gler..aku pn x snggp nk kwin muda..skang dia dh ada ank 2 org dlm umur 24 thun..ase mcm berat je tnggngjwb sbgai isteri 2..nk kna jga suami..msak lg,kna kms umah lg...wei pnt 2...tmbh2 klu aku keje pas kwin mst lg pnt..lain la klu kwin ngan org kaya..ada gak bibik leh tlg msak kn.tp zaman skang nk pcy kn org susah ar.kang bibik 2 ngorat laki aku..x ke haru jdik nya...manusia2...haii...

            aku tkt arnk kwin..aku tkt aku cpt jemu ngan laki aku nnt..ngan pakwe pn aku ase dh jemu,ini kan plak nnt duk satu umah,ari2 mngadap muka dia..adoi...tpksa la aku cri laki yg hensome ckit..x de ar jemu sgat klu tgk ari2..haha...jgn dpt laki yg pans baran sudah ar...memikirkan psl kawin ni  aku btl2 ase seram..mau nya x,kang nk beranak lg..wei seram siot..aku pnh tgk video org berank,doktor 2 slamber badak je g amik gunting,pas2 gnting kat 'tuut'...huuu..skit nya...x  dpt aku byngkan klu aku yng mgalami kejadian mcm2..mau nya aku berak ijau kang,...

Tuesday, November 10, 2009

ari jadi bdk umh aq(8.11.2009)

ari ni pd kol 1.30 kitaorg naik bas g kangar..biase la driver bas antarkan.kdng2 boring gak aku nk tgu...
tp memndngkan 2 je pengangkutan yg ada aq terpksa mengalh ngan keaadaan(ayat pasrah)huhu,,,
then smpai ke tmpt yg d janjikan (KFC) ktorng pn melangkah masuk ngan yakin nya..

pastu order la aperlg kan...perut dah keroncong pn...versi dngdut...aq pn order ar set yg murah 2.rm5.90..tp dua set...lapa pny psl..huhu nat ngan wadah pg beli kek ari jadi mereka...ktorg borak2 n ketawa2la dlm kfc 2..
asenya group kitaorg plng bsing skali...aq pn smpt la wat lawk ckit2...heheh


ni haa atau nmapnjng nya wan nor zulaiha...org ganu..comey x?dia ni slalu pnggl aq ni mak.npe ntah?
aq nmpk tua ke?aq ase aq dah nmpk muda pn huhu..tp dia ni baek...aq sk kwn ngan dia.


 

 






ni gmbr aq haa ngan wadah..wadah ni laa yg smbt birthday dia 7.11.1991...sama baya ngan adik aq..pina..
anyway walupn diorng muda,aq tetap gak anggp diorng mcm sama baya ngan aq..




ni lah muka kitaorg msa smbt bestday nat ngan wadh kat kfc kangar,perlis.. yng pkai spek 2 nma nya tirah..yng sebelah aq 2 sunkueteow sempena nma dia dlm myspace.yng belakang2 2 adalah home mate aq..
sumer nya muda2 remaja lg tau..aq je yg tua iskh,,,iskh sedih mak cik...huhu
hepy gak la msa ni.. bl la org nk smbt birthday aq mcm nie?ermm...sedih tau haha

Saturday, November 7, 2009

kiss me

Kiss me
out of the bearded barly
nightly
beside the green green grass
swing swing (swing swing)
swing the spinning step
you wear those shoes and
i will wear that dress.

ohhhh......
(chorus)
kiss me
beneath the milky twilight
lead me
out on the moonlit floor,
lift your open hand
strike up the band and
make the fog lights dance
silver moon sparkling.
So, kiss me.

Kiss me (kiss me)
Down by the broken treehouse
Swing me (swing me)
upon it's hanging tire,
Bring bring (bring bring)
bring your flowerhat
we'll take the trail marked on your
father's map, ohhhhh

(chorus)

instrumental section

OHHH....kiss me
beneath the milky twilight
lead me
out on the moonlit floor,
lift your open hand
strike up the band and
make the fog lights dance
silver moon sparkling.
So, kiss me.

So, kiss me.

So, kiss me.

(lalala lalala)

So, kiss me.

Saturday, October 31, 2009

im

Monday, October 19, 2009

Di sini disenaraikan 10 perkara yang mesti anda lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan.

1. Mendekatkan diri dengan Tuhan
Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa anda bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa anda mengingati Tuhan agar hidup anda lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan.

2. Menangislah sepuas hati
Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya anda dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran anda.

Malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri. Apatah lagi jika anda seorang lelaki.

3. Mengadu pada teman
Rasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun anda harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan anda. Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya.

Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali anda secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang anda alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk anda meneruskan kehidupan.


4. Menulis diari atau blog peribadi
Ada juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik anda semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati anda sendiri.

Namun kini zaman semakin moden. Selain diari, blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami.

5. Beri ruang pada diri sendiri
Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa.

6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmu
Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kalian. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dan si dia.

Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan.

7. Berfikiran positif
Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.

Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti si dia.


8. Bergembira bersama rakan
Jika sebelum ini anda selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga anda dikecewakan, apa kata kini anda cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan anda pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan anda tahu akan batas-batasnya.
ungkin dengan cara ini anda dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.

9. Buat penampilan baru
Buang imej lama anda dan tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. Secara tidak langsung kekecewaan yang anda alami memberikan kebaikan kepada diri anda. Dengan penampilan baru yang lebih segar, pastinya peluang untuk anda mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya anda terbuka luas.

Jadi jangan lepaskan peluang kerana dengan pekerjaan yang baik serta penampilan diri yang berkeyakinan anda pastinya mampu untuk mencari pengganti yang jauh lebih menarik daripada bekas kekasih anda.

10. Cari Pengganti
Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera!



Sunday, October 18, 2009

Jika anda seorang yang mementingkan kecantikan, pasti anda tahu tentang kehebatan minyak zaitun. Ia sangat baik untuk melembap dan meremajakan kulit, mencegah proses penuaan dan menentang radikal bebas. Terdapat dua jenis minyak zaitun untuk kecantikan iaitu minyak zaitun tulen dan minyak zaitun campuran. Minyak zaitun tulen biasanya mudah didapati di pusat-pusat rawatan yang menyediakan khidmat aromaterapi.

Manakala, minyak zaitun campuran biasanya sudah bercampur dengan bahan-bahan lain dan seringkali diguna pakai dalam pembuatan losyen, syampu, skrub badan, pembersih wajah dan juga ‘body mist’. Untuk rawatan kecantikan, selain daripada mendapatkan produk yang berasaskan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak zaitun yang digunakan dalam masakan. Caranya mudah sahaja, hanya campurkan minyak tersebut ke dalam masker, syampu atau pelembab kulit yang ingin digunakan.

Hendak tahu apa kebaikan minyak zaitun ini? Cuba lihat maklumat berikut.

Rambut lebih sihat
Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, minyak zaitun mampu memberi kelembapan ekstra pada helai rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.

Selain daripada menggunakan syampu dan perapi yang berasaskan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak zaitun ‘extra virgin’ dalam rutin perawatan rambut di rumah. Caranya amat mudah. Sapukan minyak zaitun pada akar dan helaian rambut yang kering dan lakukan urutan ringan selama lima minit pada seluruh bahagian kepala untuk membantu minyak meresap dengan mudah. Selepas itu, bungkus rambut dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas rambut dengan syampu. Untuk mengelakkan rambut daripada rosak akibat penggunaan pengering rambut, anda juga boleh sapukan minyak zaitun pada helaian rambut sebelum mengeringkan rambut.

Payudara lebih anjal
Khasiat antikedut minyak zaitun juga dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaannya disertai dengan urutan payudara yang khusus. Tidak hanya kulit, bentuk payudara anda juga akan kelihatan lebih menarik dan seksi. Caranya mudah sahaja, oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit. Kemudian, tutup payudara dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit. Untuk rawatan intensif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.

Kulit Tubuh Lebih Anjal
Sekiranya minyak zaitun dicampurkan ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan terlihat lebih berseri-seri. ‘Polyphenols’ yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan air panas/suam dipercayai dapat membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.

Campuran minyak zaitun dengan minyak ‘essential’ yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit. Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan terlihat lebih remaja, sihat dan bercahaya.

Melembutkan kulit kaki dan tangan
Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah, minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah ini. Untuk masalah kulit dan kaki yang kering, minyak zaitun berkhasiat untuk melembapkan kulit. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaannya harus disertai dengan pemakaian ‘loofah’ atau berus kaki agar menyingkiran sel kulit mati lebih berkesan.

Sebagai alternatif, anda boleh mencampurkan minyak zaitun dengan gula putih sebagai pengganti skrub. Gosokkan campuran ini pada bahagian kulit yang kasar dan menebal seperti siku, lutut dan tapak kaki. Lakukan setiap hari agar hasilnya memuaskan. Khusus mendapatkan kuku yang kuat, titiskan minyak zaitun pada air suam dan rendam tangan selama 10 minit. Untuk hasil terbaik, lakukan rawatan ini seminggu sekali. Selain daripada melembapkan kulit di sekitar kuku, rawatan ini juga amat baik untuk mencegah terjadinya kutikel kuku.

Mencegah Kedutan Wajah
‘Polyphenols’ dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan ‘polyphenols’ ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.

Tidak perlu menunggu sehingga umur menginjak ke 30 tahun untuk mencegah kedutan wajah. Kandungan semulajadi minyak zaitun boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak mengira umur dan masalah kulit yang dihadapinya. Selain mencegah proses penuaan, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.

Minyak zaitun membuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunakan solekan yang tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap.